PENJANA KERJAYA 2.0

 

ADAKAH ANDA MAJIKAN YANG SEDANG MENCARI PEKERJA?

 

ATAU

 

ANDA PERLUKAN INSENTIF UNTUK MEMBAYAR GAJI PEKERJA?

 

Disinilah Tempat yang Sesuai!

 

APA ITU PENJANA KERJAYA 2.0?

Penjana Kerjaya 2.0 ini adalah satu inisiatif pemulihan ekonomi di bawah Kementerian Sumber Manusia oleh PERKESO yang bertujuan untuk mempromosikan peluang pekerjaan yang diwujudkan di kalangan majikan di samping meningkatkan prospek pekerjaan.

Secara ringkasnya, Program Penjana Kerjaya 2.0 adalah insentif yang disediakan bagi menggalakkan majikan mengambil pekerja. Melalui insentif ini, majikan tidak mempunyai masalah untuk membayar gaji pekerja selama 6 bulan.

6 INSENTIF UTAMA YANG DITAWARKAN UNTUK MAJIKAN

1. PERANTIS

  • Perantis di kalangan lepasan sekolah dan graduan (yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap).
  • Syarat Gaji : Minimum RM1200 dan ke atas.
  • Majikan layak menerima insentif sebanyak RM1000 selama 3 bulan maksimum.

 

2. 40 TAHUN KE BAWAH

  • Kelayakan umur berdasarkan kad pengenalan.
  • Syarat Gaji : Minimum RM1500 dan ke atas.
  • Majikan layak menerima insentif sebanyak 40% dari gaji bulanan selama 6 bulan maksimum.

 

3. 40 TAHUN KE BAWAH

  • Kelayakan umur berdasarkan kad pengenalan.
  • Syarat Gaji : Minimum RM1500 dan ke atas.
  • Majikan layak menerima insentif sebanyak 60% dari gaji bulanan selama 6 bulan maksimum.

 

4. GOLONGAN MUDAH TERJEJAS

  • Orang kurang upaya (OKU), peserta program Return To Work PERKESO, gelandangan, bekas penagih dadah, bekas banduan, orang yang diparol dan golongan miskin tegar.
  • Syarat Gaji : Minimum RM1500 dan ke atas.
  • Majikan layak menerima insentif sebanyak 60% dari gaji bulanan selama 6 bulan maksimum.

 

5. PENGANGGURAN YANG BERPANJANGAN

  • Pemohon Faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)
  • Individu termasuk graduan yang menganggur dalam tempoh melebihi 180 hari.
  • Syarat Gaji : Minimum RM1500 dan ke atas.
  • Majikan layak menerima insentif sebanyak 60% dari gaji bulanan selama 6 bulan maksimum.

 

6. MALAYSIANIZATION

  • Penggantian jawatan yang ditawarkan kepada pekerja tempatan bagi menggantikan pekerja asing.
  • Syarat Gaji : Minimum RM1500 dan ke atas.
  • Majikan layak menerima insentif sebanyak 40% dari gaji bulanan selama 6 bulan maksimum.
  • Pekerja layak menerima insentif sebanyak 20% dari gaji bulanan selama 6 bulan maksimum.

MAJIKAN YANG LAYAK MEMOHON PENJANA KERJAYA 2.0

  • Majikan daripada semua kategori industri yang telah berdaftar dengan PERKESO ; dan
  • Majikan yang berdaftar dengan SSM atau lain-lain pihak berkuasa seperti ROS, ROC, PBT dan lain-lain.

 

MAJIKAN YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PENJANA KERJAYA 2.0

  • Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar yang memberikan perkhidmatan penempatan pekerjaan kepada perusahaan lain dan bukannya sebagai majikan langsung.
  • Majikan Sektor Awam, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kedutaan dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan).

 

APA TUNGGU LAGI??

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI UNTUK BERDAFTAR DENGAN PROGRAM PENJANA KERJAYA 2.0!!

 

http://bit.ly/insentifpenjanakerjaya (Fatin)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X